Friday, February 25, 2011

episod 19...hargai bakat yang ada..oh Ajek Hassan....!!

okeh..korang ambiklah mane2 yang berkenan..
ambek je..ambek..

siapa yang kat sini reti/pandai/terer/super/otai goreng gitar?? cuba perkenalkan diri sikit kat aku...ngee~ aku confirm tak reti.. haha! kalau korang goreng2 gitar lagu apa yang korang suka bawak? lagu ape dan lagu siapa yang korang favourite? ahhha.. kenapa aku tiba2 pulak nak menyebok hal2 begini ni..hahaha...ye tetiba aku menyebok hal ni lepas aku dengar suara bro ni..suara sodappp! main gitar sambil nyanyi..wahhh!

::inilah bro yg dimaksudkan..hehe::
::promote cket::

kisah benar..! aku pertama kali menjadi seorang pencinta muzik akustik dengan diiringi suara mamat yang lovely and macho lah.. sape kenal Ajek Hassan??!


ya..Ajek Hassan! korang kenal/tau/familiar tak dgn bro suara sedap ni?? ehhheee... ini lah yang dikatakan bakat. aku memang minat dia bila first time dengar lagu ni..

bunga-exist (acoustic cover version)



aku dengar lepas tu aku tengok komen2..semua puji dia..aku pun puji gak..mula tu dalam hati jela puji dia ni..wahh! jadi, yang tak boleh blah semua lagu dia aku nak dengar..dan lebih 30 lagu dia cover aku dah download dlm masa sehari dua la..haha! baik korang dengar dulu baru tau...ngee~

pada aku apa istimewanya Ajek Hassan ni adalah pada suara dan petikan gitar dia..buat aku cair dan hangus!
ahhha...tak tahula pendapat orang lain yang minat dia. tapi aku memang boleh masuklah dengan cara dia bawa lagu. pada aku dia memang berbakat...!

jadi bahananya...tiap2 hari aku nak dengar lagu yang dia nyanyi..kalau tak dengar rindu rasanya..ahakkz~ sangat poyo la awak ni hanna..serius! memang minat pada suara dia..memang terpikat!
tapi jangan risaula...dia dah ada isteri dan anak pun...ngee~

Ajek Hassan ni dah cover lebih 100 lagu yg hits2, best2, nostalgia..ngee antaranya lagu Exist, M.Nasir, Jamal Abdillah, Spring, Saleem Iklim, Lefthanded, lagu P.Ramlee pun ada..lagu dr seberang pun ada..Ungu, Kerispatih, Dewa19, Padi dan ada lagi lah.. lagu raya pon ada kot...lagu english pun ada gak.. Bryan Adam-when you love someone. wahh! sangat sedap best wuuu....!

cubalah korang dengar...lagi2 awek2 kat luar sana tuh...hihihi~ memang lepas ni yang dah ade bf nak suruh bf main gitar sambil nyanyi..yg tak ada bf jadikan bakat main gitar sambil menyanyi sebagai syarat korang...hahaha!
*syarat buatan hanna..lagi tak boleh tahan nak blah cpt2 kan..kah3!

ala..ini just halwa telinga je..dan sebagai menghargai bakat orang lain...barulah bakat kita pun orang lain pandang..whatever you give..you get..right?

last word for Ajek Hassan..
"bro..suara memang mantop memang sedap memang super memang best lah! so, jgn la jual gitar2 o apa2 alat muzik bro..jangan berhenti lah buat kerja2 macam ni..best lah!"


nak dengar lagu2 dia..jom tgok kat you tube..search je name dia..wuwuwu
korang search la kat facebook ajekhassan ni..
kalau nak tau dia pun ada blog..blog dia cite pasal filem2..sinopsis filem2..
jadi sape yg kaki wayang memang kena lah.. http://mahhass.blogspot.com/


manfaatkan yang berfaedah...insyaAllah..

manfaatkan bakat yg ada...;)))

Tuesday, February 22, 2011

Putus Terpaksa & Kesilapanku Keegoanmu (Medley Cover Akustik)



huh....sob3...

Karam - Zabarjad (Acoustic Cover) [HQ]


aku jatuh cinta dgn suara dia...aduhhh..huhuhu


Monday, February 21, 2011

episod 18...aku bukan anak ayam dan kau bukan cicak man..!

"kami bukan anak ayam...!"
::anak-anak ayam::
::comel gak..haha::

"aku bukan cicak woman..kau bukan cicak man"
::gambar ni aku tgok pon aku geli kot::
::aku buat caption pun tgok sebelah mata je kat gmbar ni. geli punye pasal::


"cicak kat siling bermain2..huh! sunnguh menggelikan...aku tengah baring2..* tapi tak pasti sama ada nak tido atau pun untuk apa..dalam pada tengah bersenang-lenang berbaring-baring, aku tengok ada cicak yang macam nak jatuh je..aku cuba mengelak sebelum aku terkena..rupa-rupenya belum sempat aku lari cicak pertama pun jatuh ke lantai..oh no! naseb tak kena aku..! aku sgt geli dgn cicak dan yang sewaktu dengannya..! tiba2...pappppppppp!!! gedebuk! seekor lagi jatuh...yang tak boleh hengat tu bila jatuh tepat kat aku...aku nak mengelak..dah terlalu payah aku mencuba nak mengelak..tapi tetap tak boleh..akhirnya jatuh kat aku jugak.."

dalam pada tulah..aku tersedar rupa-rupanya aku bermimpi..! kah kah kah..
aku bernasib baik sebab tu hanyalah mimpi...
beberapa saat lepas aku tersedar je alarm aku bunyi...
yeahh! hati aku happy je sebab dapat bangun awal subuh..
ini adalah satu anugerah buat aku..
gembira bukan kepalang...
siap2 semuanya, pastu selak2 buku nak cari poin utk projek meteorologi.
bila ngantuk nak start je aku terus layan oh yeah! haha..
memang segar je bola 2 biji mata aku ni..
baru aku dapat tau rahsia macam mana nak hilang mengantuk..
ketawa dan dengar yang lawak2 tak hengat macam gini....ngee~

tapi..apa makna mimpi cicak tu ek..? ada sesiapa boleh tolong tafsirkan tak?
manalah tahu boleh bagi aku semangat nak mimpi lagi dan yang penting bangun awal lagi..haha
tapi kalau mimpi ular...ngeee~ *berangan..berangan!!

::..cute plak ular cmni..ade ke? huhu..::
::..mimpi dipatuk ular berwarna pink ape maksudnya? haha..::

okeh lah..

sebenar-benarnya, aku nak meluahkan rasa tak puas hati dengan suatu perkara yang aku rasa boleh diperbaiki untuk kemudian hari..yang penting kita sama2 belajar untuk memperbaiki..
betul tak kawan2?

pertanyaan ni untuk pelajar UMT..sape yang pergi sembang malam sabtu lepas??? angkat muka masing2!!
yang pergi santai seni??? hahaha...

so, apa komen pasal program macam tu? happening kan?
pada aku seronokla..bolehlah pergi utk release tension. program yg tak memerlukan tenaga mahasiswa utk menyertai. cuma untuk datang dan tengok dan sudah semestinya ramai yang suka..lagi2 bila ada nyanyi2..hiburan2 sikit..kannnn...then yg penting ada kupon/sticker hepa..*yg nk mohon asrama la..
*iye..aku pun mcm tu. mengaku lebih baik daripada menipu kawan2...

tapi sebenarnya aku terkilan la jugak sebab aku tak dapat sticker hepa waktu sembang malam..
tapi itu bukanlah alasan untuk aku betul2 terkilan...
yang lagi2 buat aku terkilan adalah mcm tajuk di atas "kami bukan anak ayam..!"
tolong jangan jadikan kami seperti anak ayam..!
mesti ramai yg terkilan kan...iye..aku adalah satu daripadanya..

jangan jadikan kami seperti anak ayam ni adalah simbolik pada apa yang aku tak puas hati sangat..!
aku bukan marah atau nak tunjuk perasaan tapi kita patutnya sama2 fikir sebagai seorang mahasiswa...mahasiswa yang berINTEGRITI mesti mempunyai STRATEGI...bukan buat sesuatu macam menabur jagung / dedak untuk anak2 ayam sekalian...

bagi mahasiswa UMT yg tinggal di kolej kediaman mesti faham pasal apa yang aku maksudkan ni kan.
bagi yang masih tertanya-tanya biarlah aku perincikan..*ce cite ce citer..

okeh..seperti biasalah..di UMT ni atau nama panjangnya Universiti Malaysia Terengganu, setiap kali menjalankan program yang besar akan disediakan sticker hepa.  begitu juga dgn program kecil pun disediakan kupon yg bercop hepa. kupon / sticker hepa yg dikumpul bukan bertujuan untuk suka2 atau hobi dimasa lapang, dan bukan seperti hobi mengumpul setem tapi ini adalah salah 1 syarat kelayakan untuk mahasiswa di UMT ni memohon untuk tinggal di Kolej Kediaman.

seperti yg semua maklum UMT memang tak byk menyediakan kemudahan tempat tinggal mungkin disebabkan oleh U yg baru dinaik taraf. jadi, mahasiswa UMT yg ingin utk tinggal menginap di Kolej Kediaman yg disediakan semestinya akan berusaha utk memenuhi syarat tersebut kan..of course lah.!

bagi yg tinggal diluar mungkin tak akan berhadapan dengan situasi ini tetapi mungkin akan melihat situasi macam ni..sungguh menyedihkan dan memalukan.! sebab apa yg aku kata menyedihkan pakej dgn memalukan??  sebabnya, ade perkara yg sepatutnya lebih baik tetapi tidak dan menyedihkan bila ada program semua org dijemput hadir, dijemput terlibat tapi..bila org yg hadir tak dapat apa yg diinginkan tentulah frust..! yg aku nak cerita lanjut ni adalah sticker hepa..

aku frust jugaklah tapi taklah frust sgt sebab tak dapat kan. yang patut aku dan kita semua frust sangat adalah CARA..cara pemberian sticker tu..bukan ke kita semua dinamakan mahasiswa...bila sebut mahasiswa mestilah nampak elok,teratur,tersusun,sopan,kena dgn cara dan berstrategi..STRATEGI...

tau tak apa tu STRATEGI??? kaji sendirilah... nak buat sesuatu program buatlah STRATEGI jugak..STRATEGI nak tarik penonton. STRATEGI pelaksanaan. barulah kena dan tepat dengan caranya.
yg dikatakan TIDAK BERSTRATEGI bila...orang ramai menyerbu ke satu arah semata-mata nak. dapatkan sticker/kupon hepa..situasi ni nampak macam peminat mengerumuni artis kesyangan atau pun orang berpengaruh..rupanya bukan..! cuma satu situasi / suasana yang agak serabut hanya untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai pada mahasiswa yg ingin menginap di Kolej Kediaman tetapi tidak bernilai pada org lain. inilah baru tepat dan jelas nampak tak berstrategi..

kenapa tak dibuka sesi pendaftaran dan bagi terus sticker/kupon kat situ juga..kenapa??
sebab takut tak ada orang hadir..?
takut tak ada yang bagi kerjasama?
takut bila dah dapat sticker terus balik bilik? macam tu...??
*org yg cakap senanglah...
memanglah senang...kita je yg menyusahkan benda yg senang..
"yg mudah tak diturut..yang susah pula diikut..." *this is originally my quote..ngee~


kalau mcm tu..tolong jgn salahkan mereka yg bertungkus lumus berebut dan berusaha utk dapatkan.
sebab ini adalah lumrah..lumrah manusia akan bersaing untuk dapatkan sesuatu.
bagi yg lemah dan tak reti nak berebut macam aku ni tak dapatlah jack..!! *jack sparrow..wakaka
tp bg yg betul2 berusaha dan fikir apa nak jadi-jadilah, pasti akan dapat punye!
tapi kwn2 dgn cara macam ni ke kita semua mahukan??
mesti tidak bukan...

sebab tulah pentingnya STRATEGI...barulah semua perkara berjalan baik...walaupun bukan 100% tapi sekurang-kurangnya nampaklah kemas majlis / program tu dan kenalah dengan gaya majlis/program tersebut..tetamu jemputan pun bukan calang2 nama...org terpenting..

perkara ni mesti dititkberatkan, ini sebagai cerminan kepada semua mahasiswa terutama mahasiswa UMT. malulah kalau orang luar tengok situasi macam itu..ingatlah.."aku bukan anak ayam.." 


::kalau ade kaler2 mcm ni korang nak jadi anak ayam x?::


tapi memang malulah..masa program tu kan orang luar juga turut hadir..
aku nampak ada yang berbaju batik lagi, nampak mcm dari sekolah berasrama.
jadi, malulah pada adik2 kita yg lihat situasi seperti anak2 ayam yg mahu makan sbb kelaparan.
masing2 berebut bertolak2 berlanggar2 semata-mata nak dapatkan sticker/kupon hepa. malahan ada yang ambik gambar lagi,rakam lagi dalam situasi macam tu..aduiyaiii...saya malu awak..saya malu...

apa persepsi mereka org luar mengenai mahasiswa terutama mahasiswa UMT..? kita mungkin tak perasan bahawa dgn perkara begini akan memburukkan lagi pandangan mereka mengenai kehidupan sebagai seorang mahasiswa. pada fikiran mereka jika benar ini adalah realiti kehidupan seorang mahasiswa terutama di UMT tentunya impian mereka akan terbantut dan imej UMT akan menurun.

tentulah kita tak mahu begitu bukan.. perkara macam ni memang tak patut berlaku kepada mahasiswa...
bukankah mahasiswa UMT mahasiswa berINTEGRITI, berIDENTITI, berSTRATEGI...jadi buktikanlah...!
saya ingin tekankan..."aku bukan anak ayam..!"

::wahh..kaler2..walau comel mane ank aym sekalipun..aku adalah manusia..hahaha::

dan ingatlah..perkara yang kita anggap remeh tu kadang2 memberi impak yang besar kalau bukan hari ini mungkin pada masa2 akan datang...
fikir-fikirkanlah wahai kawan-kawan sekalian...

sama-samalah perbaiki untuk masa kan datang..
barulah nampak adil dan saksama..
barulah nampak kesopanan dan kesusilaan..
"aku bukan anak ayam..!"


manfaatkan yang berfaedah...insyaAllah.. 

monolog : knp cerita aku kali ni berkait pasal binatang ek..emm..ni mesti influence dpd mimpi aku la ni..haishh

Thursday, February 10, 2011

"comelnya berbaju kurung"

~ baju kurung + tudung syria ~
...masa nak pegi penghayatan ramadhan Entech...

assalamualaikum...

hee~ sopan tak..? 
sopan nyerrrr..manis nyerrr..ayu jerrr..
anak siapalah ni..comelnya..cutenya...ish3...boleh mintak nombor?? ahakz~

hahaha~
tu lakonan semata-mata..hee~
okeh! terus jela pada point nye..wee~
title kat atas tu menunjukkan yang aku join utk contest "comelnya HANNA berbaju kurung.." 
ehhee..salah eh..tak ada HANNA ke kat title contest tu? hehe..

takpelah kawan2..ni kan entri aku..nanti korang letaklah nama kat entri korang jugak..ehhee.
buat pengetahuan kawan2, ni adalah contest pertama yang aku try join...
try and error..xbestla error kan...kalau TRY & WIN! ok tak?? hehe..
so, first sekali nak ucapkan terima kasih berbanyak banyak banyak to
-

terimasss kerana mengeTAGing saya..ehhee..
nanti kalau ada cheezy wedges nak tak nak takkk?? ehheee..

so, kepada pihak penganjur...thank you so much...
tahniah kepada anda kerana anda adalah penganjur contest yg pertama sy join..
kamsahamnida!

seperti yang sesiapa dah maklum, tak mengapa lah...
yang belum maklum lagi ni...ehhee..
tadaaa...
*nak ikut mcm MYBESSTIES @ MYFAKETWIN..ehhe


persoalan : kenapa perempuan yang memakai baju kurung nampak comel?
ahhhaaa...
kalau ikutkan sy..elelele..perempuan @ wanita yg berbaju kurung ni nampak comel disebabkan oleh aura dan nilai pada baju kurung tu sendiri..baju kurung memang maklum adalah pakaian yg sopan,,menutup aurat..so, bila perempuan pakai baju kurung alahaiii..ayunyerrr..comelnyerrr..manisnyerr...ehheee 
*bkn nk puji diri sendiri ye..xde kena mengena*

lelaki pun ada pendapat mereka sendiri mengenai perempuan @ wanita yg memakai baju kurung.
kalau nak tanye lebih lanjut ape kata kita tanya pada jejaka-jejaka yang terpilih ini..ahha..
ada yg kata baju kurung bergantung pada keperibadian si pemakai..
so, kita tanyalah apa pendapat mereka mengenai perempuan @ wanita yg memakai baju kurung.

~ hari ini dalam sejarah ketika research day ~
...pic di ambil masa nak pegi kuliah selepas pegi ke ceramah kt DSM mase research day...

~ beraya di rumah terbuka seberang takir ~
...pic ni mase nak balik selepas makan-makan di rumah terbuka kat seberang takir...
~ kirah ~ sue ~ noni ~ awin ~ hanna ~



~ buka puasa anak2 Johor SOHOR UMT ~
...pic ni lokasi nye di tangga lobi FPE-fakulti pengurusan & ekonomi...
~ hanna ~ fatin ~ ezie ~


~ ke kuliah masa tahun 1..sem bpe lupe..haha ~
...ni diambil bersama mybessties merangkap member kos...
~ nox ~ hanna ~ anis ~ awin ~

ok tak kawan2...?? camne gambar-gambar tu? terbukti tak siapa yg pakai baju kurung akan nampak manis je..ayu je...ada nampak tak kawan2..ehhee..*jawab dlm hati sudahla..ahakz~
oraitt..

lastly, mestilah nak tau perasaan orang yg memakai baju kurung ni kan..ehhee..
okeh! seriusly bila kita pakai baju kurung kita rasa selesa..bukan setakat selesa dipakai tetapi selesa bila nak berhadapan dengan sesiapa sahaja tak kira lah kawan2 perempuan, kawan2 lelaki, pensyarah.. dan juga selesa masa berurusan dengan pejabat sebab automatik kita dah berpakaian formal. selain tu, kita rasa ayu je..mcm ada org ckp "keayuanmu terserlah bila pakai baju kurung" ahakz~
lagi satu buktinya, bila pakai baju kurung je senior saya nara deyla bagitahu nampak menyerlah je berbanding pakai t-shirt..iye ke..ooo..ehheee..*senyum sampai telinga ngee~*

apa lagi perasaan bila pakai baju kurung..ahha!
rasa klasik je..means, rasa macam berada zaman kecik2 je terjaga je batas pemakaian..kan3..

2 fakta menarik!
1- umi saya ada lebih 50 pasang baju kurung tak termasuk dengan yg belum siap n yang dah tak nak pakai walaupun dia seorang domestik engineer..*petik dr Abg Raja Shamri (penceramah motivasi)
ehhe *suri rumah tangga sepenuh masa la..haha!

2- umi saya seorang peminat baju kurung dan kemana sahaja dia akan pakai baju kurung..
nak kenal?? ehhee..

okeh x? menarik x? ahahah..
so, kawan2 jom join contest ni n sama2 kita mengekalkan nilai ketimuran n kemelayuan kita dengan memakai baju kurung ke kuliah..
*hoho..aku xpasti dpt realisasikan ke x sbb baju kurung byk2 tu dah transfer balek umh..hahahakk~
*tinggal berapa pasang je..huhuhu

kawan2 yang dikasihi jom TRY & WIN! ehhhee..

okeh! itu sahaja...
wassalam...



manfaatkan yang berfaedah...insyaAllah..

Tuesday, February 8, 2011

episod 17...nikmat senyum~

salam semua...

macam yang aku cakapkan..senyum pun merupakan nikmat yang Allah bagi pada kita...
cuba bayangkanlah jika nikamt tu ditarik..oh! ya Allah..
so, bagi mereka2 yang susah sangat nak senyum lebih-lebih lagi bila orang lain dah lemparkan senyuman dulu tp tak ada balasan..dengan berbesar hati balaslah..tak susah pun..tak kena bayar pun..hee~
kan manis kalau senyum kan...biar la kita tak cantik@tak hensem tapi jangan muka asyik masam je..
*sesekali tak pelah..kui3..
senyum itu kan sedekah kawan-kawan...kenapa aku sibuk sangat nak ckp pasal ni..*aku pun apa kurangnya..
ni kira nasihat bersama untuk diri aku juga..
dengan ini bersama bukti aku lampirkan..eh tampalkan kat sini untuk kita semua sama-sama renung-renungkan dan selamat beramal..hehe~
-
-
-
-
-
~ kan sedih macam ni kan kawan-kawan ~

kalau kawan2 ada bacalah metro minggu lepas cerita pasal sorang budak ni yang tak boleh nak senyum langsung..tak boleh nak tunjukkan kegembiraan..tak boleh nak ekspresikan muka dia nak tunjukkan perasaan dia..dia jelah yg tau...sedih kan hidup macam ni..

penyakit ni dinamakan Sindrome Moebius..
jadi, pada sesape yg susah sgt nak bagi senyuman atau nak balas senyuman, bole kot dianggap mengalami sindrome ni..hoho~ 
*kalau aku yg xsenyum korang tegurla sbb aku ada alasan RABUN~ hee..
nanti try2 la search untuk nak tau lebih lanjut pasal sindrome ni...

kalau nak tengok video yg berkenaan kat sini..sini..sini....hoho~

kamsahamnida!
manfaatkan yang berfaedah...insyaAllah..

Saturday, February 5, 2011

episod 16...nikmat sihat..sakit itu ujian Tuhan~

Assalamualaikum - bg yg muslim..
anaeyo haseyo - kawan2 korea ku sekalian..haha

CONTOH SITUASI - org laen krohhh krohhh..aku uhukkk uhukkk uhukk!! bluwwekkk..*ops sori..tasengaja..
apabila kita sakit barulah kita sedar akan nikmat sihat...
begitulah yang dinamakan manusia...itu adalah aku..

perit tekak ni tuhan saje yg tahu..uhukk uhukk uhukk *kalau org tengah tido dengar batuk aku mesti rasa nak pelangkung je..maaf ye..
aku dapat rasakan tu semua..
pastu umi wt aku cuak.."kau kena pastikan batuk kau ni baik..." why2?? kenapa??

entry aku seterusnya sebenarnya nak cerita pasal nikmat senyum..tp dah tercerita nikmat sihat pulak..
emm..nantilah dulu..kalau rajin kejap lg bakal menyusul...

okeh..kalau kita sakit baru nak ingat tuhan..time sihat? lupa semua tu kan?? kan3??
manusia memang begitu..*yg nama hanna attiya je..jgn contohi perangai ini..
kalau sihat lupa semua..

ya Allah ampunkanlah dosa2 hambamu ini..
kawan2 tolong doakan sama ye...
kalau kita doakan kebaikan utk org, insyaAllah kebaikan tu akan dtg juga pd diri kita..
kalau kita buat baik dengan orang insyaAllah kita juga akan dapat kebaikan yg sama...

yg kita diberi ujian ni baru sikit..belum lagi ujian seperti mereka2 yg mungkin sekarang ni tgh terlantar tu..
ermm...manusia selalu alpa..*yg nama hanna attiya..
bila diberi kesihatan bukan nak bertaubat..lagi seronok dan seronok mengecap dunia..
astaghfirullah...*hanna...hanna...
baru sakit sikit dah nak mengeluh..
sakit tu untuk menghapuskan dosa2 kita..
di beri ujian-ujian seperti sakit atau apa2 ujian lah tu semua kifarah dosa..
tak tau kifarah dosa macam mane?
cuba baca kat sini...sikit je..cuma nak tau maksud je kan...jangan malas2 baca..sila lah sila lah...

tu je kot nak kongsikan..
erm..sekarang kita sama2 fikir sendiri lah...
oraittt...huaarrggghhh..*buat style menguap yg paling cute dan comel sekali
thank you 4 ur attention..
kamsahamnida!

tips : untuk mengelakkan kebosanan..sila baca tulisan yg berwarna sahaja..anda akan dilayan sebentar lagi..
pingg pungg~~

manfaatkan yang berfaedah...insyaAllah..

Thursday, February 3, 2011

episod 15...mari berpantun~ dondang sayang pon boleh..

hye..
anaeyo haseyo~

ni nak cerita la cerita yg da tertinggal..
alkisah..pd hari isnin yg indah permai...hari itu aku namakan 'pantun of the day'
haha..aku tak sangka pulak komen dean dang telah menjadi pengaruh yg hebat utk mereka2 berpantun sembarang..haha~ ada 72 komen berupe pantun sembarang kerat..okla tu..super la..kan3 ^_~"
so,thanks kepada contributor..dean dang, azfeen hakym, acheng mohammad..
tidak ku sangka dean dang seorang yg peramah di fb..wawawa~ add la dia...hee
kepada yang like2 ni..hehe qila yumiko sepupu ku, nazirah rusli coursemate ku, nizam series, nurul ejie lizzie coursemate ku, dean dang, fatin nuryasmin sepupuku, yasser asraf ex-classmate ku...tq sbb like2..hahaaa!

cube la try usha2..manela tau kan..nak wat CONTEST plak pasni..keh3~
ni koleksi-koleksinya..korang tengok-tengok, baca-baca lah dulu yer..
ni lah bukti keramah tamahan nye..huhu


















+ inilah hasil print screen yg buruk +
+ print screen ni blajar time c++..kje dok prin screen je..haha +
nanti aku nak masukkan dalam buku sejarah..bukan buku sejarah mahmud jun ye..*yg dlm cte nasib doremi la..tu pon tak taww..hehe


kalau boring..'sila bawa cursor anda ke atas sebelah kanan dan mulalah klik pada butang pangkah dan tinggalkan page ini.. ^_^"
apa2 pun terima kasih kerana datang melawat dan menjenguk...

yg tak berfaedah nyah kan dari diri anda..hehe
manfaatkan yang berfaedah...insyaAllah..


tata~

episod 14...mood mempengaruhi segala tindakan~

hai...hai...hai...
salam..

update ni macam biasalah kan..sebelum nak tido...
sebelum nak tido basuh kaki dulu yerr...
pastu sebelum nak tido baca ni dulu baru leh tido yerr..
anggaplah ni macam vitamin dan senaman muka sebelum nak tidur..
yang susah nak senyum sila senyum sekarang! sekarang jugak!
muka ketat je..nak tido pon kena senyum..hee
yang muka bulat mesti jadi comel n kiut...*takde tujukan pade sesape..utk aku je..

hari ni tade mood sbnanye...*wt ayat manje..hehe
flu tetibe pulak menyerang then 'dia' rosakkan mood aku..adehhh
aku taboleh bernafas dengan konsisten...*manje lg..hoho
ermm..so, tade idea nak wat..mkn pn sekali jerr..
arghh! tetibe teringat asam pedas tuuu..oh no!! da malam..*hanna kan on diet~~ kukuikui..
so, kejenya blogwalking n baca yg bes2 je..*baru aku taww blogwalking tu apakah maksudnya..
*credit to faizal harnis sbb pertama kali aku taw perkataan tu dr dia..hoho
lainnye, chating je..entech group pn aktif gak berchating..hak3

jadinya..kolang ada itu petua tak pun nak kasi baikkan selsema ni pun dgn cepat pantas dan efisinnye pun...*ikut gaye cina ckp (haha..ambk ksempatan gong xi gong xi..ampau maliii...)

mood memang mempengaruhi segala tindakan kita taw kawan2...*konon nk ckp tak lari tajuk la..ampeh!
pikir2 kan la..sy pun tatau nak ckp macam mane pun..*org cina mmg ckp byk pun ke??
kalau korang malas nak pk..haa! baca la sikit kat sini kat kat sini..*sje nak bg senang klik..tu pon susa ke..hohoh0


jadi konklusinya~
hanna-flu-mood-tade-idea-tade-boring-tengah-malam-lapar-on-diet-konon-padan-muke-aku!-ha-ha-ha
*sila lengkapkan menjadi karangan pendek..haha!

perkataan manja kita hari ini~
tade...*cuba dgn nada yg mengade2...tade..tade...(okeh bgus!)
taboleh...*cuba sebut dgn nada yg menggoda ckt...taboleh...taboleh...(okeh good!)
tatau...*cuba sebut dengan nada yang gedik ckt..ckt je..tatau...tatau...(okeh cayalah korang!)
tp nape sume perkataan manja mula huruf  T ek? tah..aku pun tatau, taboleh n tade nak ckp pe pun...ahha!

yg taberfaedah jgn ikut...*tabolebola tabolebla...tatau tade tabolebla..*
entry akn dtg aku nak cite pasal nikmat senyum..! hahh..

manfaatkan yang berfaedah...insyaAllah..

Mengapa Suka Cakap Belakang?

nak share ape yang aku baca ni...

sila la...sila la....

continue klik kat link bawah ni..^_^"


Mengapa Suka Cakap Belakang? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

manfaatkan yang berfaedah...insyaAllah..

Wednesday, February 2, 2011

episod 13...lambat tak bermaksud lembab~

hai hai hai..
sebelom nak tido...nak tido sebenarnya..tapi dari tadi dok menaip xrenti2...
umi da warning~ "Hanna, kalau esk ko tido xoff laptop,umi BAKAR laptop kau.."
hahhh! amek ko! terkejut dr tdo...*mamai..sambil terfikir n garu2 kepala..
monolog "umi ckp kat aku ke?" hohoho...hanna pn bangun dan wat muka xbersalah~ \(~_~)"

cerita tu nak bagitau sebab aku lambat bangun...hahaha!
yela..keje aku nak tido lambat je..pastu tido xhengat...kah3..
monolog..."tp umi, ana kat sane tdo lambat tp bgun cpt..." haha..byk alasan!
*jgn contohi perangai ini* ok2!
taww...walaupun aku bangun cpt nanti aku topup..kan3~ ermm..yela betul..huhu

tajuk ni nak bagitau yang broadband aku ni tunjuk perangai plak bkn nak cerita pasal aku..haha
nak ckp yang broadband ni aku lambat bayar laju je line nye tp bila aku bayar lembab pulak..adehhh
tapi kalau korang ingat aku nak cerita otak aku ni yang rasa macam da lambat ckt silaplah..hehe lambat ye bkn lembab..*ayat sopan..haha!
tapi kena jugak tajuk ni kan..."org yg bangun lambat otak lembab atau melemahkan otak. selain tu memendekkan jangka hayat seseorang" cume kalau nak cite pasal ni kena tukar title kat atas tuh...
ape2 jela yang berkenaan dgn title ni..yang penting aku nak mengadu pasal broadband aku ni...
bila aku tak bayar sibuk suruh bayar..bila dah bayar lembab pulak..keje nak disconnect plak..
terlaju sgt ke line ni sampai xnyempat2 pe2 dah penat n nak disconnect! huh..penat! penat nak connect balik tau! haha..*nampak sgt malas aku ni kan..(bila nak berubah ni hanna oiii...isk3)
naik cuti raye cina ni janji nak berubah! betul~ ^_~"
kalau tak jugak saya akan denda diri sendiri..tak boleh makan! ok! deal!!
(elehai..mmg dlm misi nak berdiet pon..apedehal~ haha! xaci punye budak!)

oklah..nak ngadu pasal tu je...*BB..bkn blackbery...hahah
tajuk yang berkaitan leh r untuk nak wat enty baru sbb ade 1 title tu tergendala..hoho
ngt nak publish hari ni tp...esoklah...
jap lg esok dgr plak kang "hanna,laptop ko umi da BAKAR da kat blakang tu." oh no!!!
susah2 nk beli laptop..hohoho

sebelum nak tido saya nak minta maaf kalau ada salah silap...
kawan2 pun tolong maafkan saya ya...
*motivasi diri..sebelum nak tido kena memberikan maaf kpd org...orait!!

gudnite~ jumpe esok kat facebook..hihihi
camat malam...salam
krohhh krohhh krohhhh~


manfaatkan yang berfaedah...insyaAllah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...