Monday, February 21, 2011

episod 18...aku bukan anak ayam dan kau bukan cicak man..!

"kami bukan anak ayam...!"
::anak-anak ayam::
::comel gak..haha::

"aku bukan cicak woman..kau bukan cicak man"
::gambar ni aku tgok pon aku geli kot::
::aku buat caption pun tgok sebelah mata je kat gmbar ni. geli punye pasal::


"cicak kat siling bermain2..huh! sunnguh menggelikan...aku tengah baring2..* tapi tak pasti sama ada nak tido atau pun untuk apa..dalam pada tengah bersenang-lenang berbaring-baring, aku tengok ada cicak yang macam nak jatuh je..aku cuba mengelak sebelum aku terkena..rupa-rupenya belum sempat aku lari cicak pertama pun jatuh ke lantai..oh no! naseb tak kena aku..! aku sgt geli dgn cicak dan yang sewaktu dengannya..! tiba2...pappppppppp!!! gedebuk! seekor lagi jatuh...yang tak boleh hengat tu bila jatuh tepat kat aku...aku nak mengelak..dah terlalu payah aku mencuba nak mengelak..tapi tetap tak boleh..akhirnya jatuh kat aku jugak.."

dalam pada tulah..aku tersedar rupa-rupanya aku bermimpi..! kah kah kah..
aku bernasib baik sebab tu hanyalah mimpi...
beberapa saat lepas aku tersedar je alarm aku bunyi...
yeahh! hati aku happy je sebab dapat bangun awal subuh..
ini adalah satu anugerah buat aku..
gembira bukan kepalang...
siap2 semuanya, pastu selak2 buku nak cari poin utk projek meteorologi.
bila ngantuk nak start je aku terus layan oh yeah! haha..
memang segar je bola 2 biji mata aku ni..
baru aku dapat tau rahsia macam mana nak hilang mengantuk..
ketawa dan dengar yang lawak2 tak hengat macam gini....ngee~

tapi..apa makna mimpi cicak tu ek..? ada sesiapa boleh tolong tafsirkan tak?
manalah tahu boleh bagi aku semangat nak mimpi lagi dan yang penting bangun awal lagi..haha
tapi kalau mimpi ular...ngeee~ *berangan..berangan!!

::..cute plak ular cmni..ade ke? huhu..::
::..mimpi dipatuk ular berwarna pink ape maksudnya? haha..::

okeh lah..

sebenar-benarnya, aku nak meluahkan rasa tak puas hati dengan suatu perkara yang aku rasa boleh diperbaiki untuk kemudian hari..yang penting kita sama2 belajar untuk memperbaiki..
betul tak kawan2?

pertanyaan ni untuk pelajar UMT..sape yang pergi sembang malam sabtu lepas??? angkat muka masing2!!
yang pergi santai seni??? hahaha...

so, apa komen pasal program macam tu? happening kan?
pada aku seronokla..bolehlah pergi utk release tension. program yg tak memerlukan tenaga mahasiswa utk menyertai. cuma untuk datang dan tengok dan sudah semestinya ramai yang suka..lagi2 bila ada nyanyi2..hiburan2 sikit..kannnn...then yg penting ada kupon/sticker hepa..*yg nk mohon asrama la..
*iye..aku pun mcm tu. mengaku lebih baik daripada menipu kawan2...

tapi sebenarnya aku terkilan la jugak sebab aku tak dapat sticker hepa waktu sembang malam..
tapi itu bukanlah alasan untuk aku betul2 terkilan...
yang lagi2 buat aku terkilan adalah mcm tajuk di atas "kami bukan anak ayam..!"
tolong jangan jadikan kami seperti anak ayam..!
mesti ramai yg terkilan kan...iye..aku adalah satu daripadanya..

jangan jadikan kami seperti anak ayam ni adalah simbolik pada apa yang aku tak puas hati sangat..!
aku bukan marah atau nak tunjuk perasaan tapi kita patutnya sama2 fikir sebagai seorang mahasiswa...mahasiswa yang berINTEGRITI mesti mempunyai STRATEGI...bukan buat sesuatu macam menabur jagung / dedak untuk anak2 ayam sekalian...

bagi mahasiswa UMT yg tinggal di kolej kediaman mesti faham pasal apa yang aku maksudkan ni kan.
bagi yang masih tertanya-tanya biarlah aku perincikan..*ce cite ce citer..

okeh..seperti biasalah..di UMT ni atau nama panjangnya Universiti Malaysia Terengganu, setiap kali menjalankan program yang besar akan disediakan sticker hepa.  begitu juga dgn program kecil pun disediakan kupon yg bercop hepa. kupon / sticker hepa yg dikumpul bukan bertujuan untuk suka2 atau hobi dimasa lapang, dan bukan seperti hobi mengumpul setem tapi ini adalah salah 1 syarat kelayakan untuk mahasiswa di UMT ni memohon untuk tinggal di Kolej Kediaman.

seperti yg semua maklum UMT memang tak byk menyediakan kemudahan tempat tinggal mungkin disebabkan oleh U yg baru dinaik taraf. jadi, mahasiswa UMT yg ingin utk tinggal menginap di Kolej Kediaman yg disediakan semestinya akan berusaha utk memenuhi syarat tersebut kan..of course lah.!

bagi yg tinggal diluar mungkin tak akan berhadapan dengan situasi ini tetapi mungkin akan melihat situasi macam ni..sungguh menyedihkan dan memalukan.! sebab apa yg aku kata menyedihkan pakej dgn memalukan??  sebabnya, ade perkara yg sepatutnya lebih baik tetapi tidak dan menyedihkan bila ada program semua org dijemput hadir, dijemput terlibat tapi..bila org yg hadir tak dapat apa yg diinginkan tentulah frust..! yg aku nak cerita lanjut ni adalah sticker hepa..

aku frust jugaklah tapi taklah frust sgt sebab tak dapat kan. yang patut aku dan kita semua frust sangat adalah CARA..cara pemberian sticker tu..bukan ke kita semua dinamakan mahasiswa...bila sebut mahasiswa mestilah nampak elok,teratur,tersusun,sopan,kena dgn cara dan berstrategi..STRATEGI...

tau tak apa tu STRATEGI??? kaji sendirilah... nak buat sesuatu program buatlah STRATEGI jugak..STRATEGI nak tarik penonton. STRATEGI pelaksanaan. barulah kena dan tepat dengan caranya.
yg dikatakan TIDAK BERSTRATEGI bila...orang ramai menyerbu ke satu arah semata-mata nak. dapatkan sticker/kupon hepa..situasi ni nampak macam peminat mengerumuni artis kesyangan atau pun orang berpengaruh..rupanya bukan..! cuma satu situasi / suasana yang agak serabut hanya untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai pada mahasiswa yg ingin menginap di Kolej Kediaman tetapi tidak bernilai pada org lain. inilah baru tepat dan jelas nampak tak berstrategi..

kenapa tak dibuka sesi pendaftaran dan bagi terus sticker/kupon kat situ juga..kenapa??
sebab takut tak ada orang hadir..?
takut tak ada yang bagi kerjasama?
takut bila dah dapat sticker terus balik bilik? macam tu...??
*org yg cakap senanglah...
memanglah senang...kita je yg menyusahkan benda yg senang..
"yg mudah tak diturut..yang susah pula diikut..." *this is originally my quote..ngee~


kalau mcm tu..tolong jgn salahkan mereka yg bertungkus lumus berebut dan berusaha utk dapatkan.
sebab ini adalah lumrah..lumrah manusia akan bersaing untuk dapatkan sesuatu.
bagi yg lemah dan tak reti nak berebut macam aku ni tak dapatlah jack..!! *jack sparrow..wakaka
tp bg yg betul2 berusaha dan fikir apa nak jadi-jadilah, pasti akan dapat punye!
tapi kwn2 dgn cara macam ni ke kita semua mahukan??
mesti tidak bukan...

sebab tulah pentingnya STRATEGI...barulah semua perkara berjalan baik...walaupun bukan 100% tapi sekurang-kurangnya nampaklah kemas majlis / program tu dan kenalah dengan gaya majlis/program tersebut..tetamu jemputan pun bukan calang2 nama...org terpenting..

perkara ni mesti dititkberatkan, ini sebagai cerminan kepada semua mahasiswa terutama mahasiswa UMT. malulah kalau orang luar tengok situasi macam itu..ingatlah.."aku bukan anak ayam.." 


::kalau ade kaler2 mcm ni korang nak jadi anak ayam x?::


tapi memang malulah..masa program tu kan orang luar juga turut hadir..
aku nampak ada yang berbaju batik lagi, nampak mcm dari sekolah berasrama.
jadi, malulah pada adik2 kita yg lihat situasi seperti anak2 ayam yg mahu makan sbb kelaparan.
masing2 berebut bertolak2 berlanggar2 semata-mata nak dapatkan sticker/kupon hepa. malahan ada yang ambik gambar lagi,rakam lagi dalam situasi macam tu..aduiyaiii...saya malu awak..saya malu...

apa persepsi mereka org luar mengenai mahasiswa terutama mahasiswa UMT..? kita mungkin tak perasan bahawa dgn perkara begini akan memburukkan lagi pandangan mereka mengenai kehidupan sebagai seorang mahasiswa. pada fikiran mereka jika benar ini adalah realiti kehidupan seorang mahasiswa terutama di UMT tentunya impian mereka akan terbantut dan imej UMT akan menurun.

tentulah kita tak mahu begitu bukan.. perkara macam ni memang tak patut berlaku kepada mahasiswa...
bukankah mahasiswa UMT mahasiswa berINTEGRITI, berIDENTITI, berSTRATEGI...jadi buktikanlah...!
saya ingin tekankan..."aku bukan anak ayam..!"

::wahh..kaler2..walau comel mane ank aym sekalipun..aku adalah manusia..hahaha::

dan ingatlah..perkara yang kita anggap remeh tu kadang2 memberi impak yang besar kalau bukan hari ini mungkin pada masa2 akan datang...
fikir-fikirkanlah wahai kawan-kawan sekalian...

sama-samalah perbaiki untuk masa kan datang..
barulah nampak adil dan saksama..
barulah nampak kesopanan dan kesusilaan..
"aku bukan anak ayam..!"


manfaatkan yang berfaedah...insyaAllah.. 

monolog : knp cerita aku kali ni berkait pasal binatang ek..emm..ni mesti influence dpd mimpi aku la ni..haishh

4 comments:

idea semulajadi said...

ape la salahnye kalo tyme dak2 duk dgr tu, dorg passingkan2 kan kupon tu. takut org amik lebih agaknya,
ntah la~~ susah2~~ btw, blogwalking: dak UMT gak nie~

PRICE TAGGED said...

emm..betul tu idea semula jadi..macam2 cara ada..tp tak nak guna..nak jugak guna cara berebut2 camtu..sampai kate ade no plat moto patah..so sad..

luvpinkja said...

wow. malu nya..!
hm, hana sabar eh. bagus kau tak jadi macam anak ayam tu. biar tak dapat, jangan malukan diri sendiri. ada rezeki ada lah kan. mungkin ada hikmah.. kan..? tu nama nya malam tu tade rezeki. yeaahh. strategi tu penting.. :)

PRICE TAGGED said...

yeah..tula..aku ckp kt dorg..ni namenye xde rejeki..ngee~ xdelah frust sgt pun cume mcm memalukan je rase..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...