Wednesday, January 26, 2011

episod 11...kenali Johor...hehe

Assalamualaikum semua...
salam 1Malaysia...

okeh! macam mane nak mula ek...emmm
actually,idea untuk entri ni datangnya apabila aku telah dicabar dengan 2 persoalan yang perlu aku jawab...hehehe so, aku sahut cabaran tu walaupun dah due date..haha!

senang cerita entri ni khas untuk blunt amir dan blogger-blogger yang maybe asal dr johor ataupun yang teringin nak mengenali serba sedikit pasal johor..hee sempoi...

orait..
setiap sesuatu yang kita buat mesti ada tujuannya kan. so, entri ni bertujuan nak jawab soalan yang telah dicabar untuk aku jawab.^_~  walaupun aku secara jujurnya memang la aku tak tau langsung tapi lepas aku search dan search, kaji dan kaji sikit2 bolehla..adala input dalam kepala aku ni dan tercetuslah entri ni sebagai jawapan yang aku perlu dijawab. hehe
selain tu, entri ni bertujuan nak kongsi sikit la mengenai negeri johor pada sesiapa yang tak tau dan nak tau serba sedikit sejarah negeri johor ni. kan...
mungkin nanti bolehla nak kerek sikit dgn awek2 atau mamat2 yang nak tackle orang johor.sikit je.haha!
*xde kena mengena* hehe

persoalan yang pertama :
asal usul bulan sabit dan bintang pada bendera negeri johor.

bulan sabit dan bintang tu sebenarnya tanda agama islam. agama rasmi Negeri Johor dan of course la agama rasmi Malaysia. sebab tulah simbol ni pun ada pada bendera Malaysia.

ok! sabar blunt..aku tau aku belum jawab habis dan belum mencapai standard yang kau nak kan. hehe
continue...

cuba korang tengok bendera johor ni.

[ bendera Negeri Johor ]

ok...tengok yang ni pulak...

[ bendera Negara Turkey ]

dikatakan bendera Negeri Johor ada kaitan dengan bendera Negara Turkey.
kalau kita nampak ada persamaannya.
iaitu bulan sabit dan bintang pecah lima tu dengan warna putih dan merah.
yang bezanya warna biru pada bendera Johor tu je kan.
bulan sabit dan bintang tu sememangnya kita maklum memang lambang agama Islam.

ceritanya begini...
kebanyakan bendera di zaman awal Islam berwarna hitam, putih dan merah.
masa pemerintahan bani abbasiyah, 746 thn masihi benderanya berwarna hitam.
manakala ketika pemerintahan bani umaiyah menggunakan bendera berwarna putih.
bendera berwarna merah pula digunakan oleh kumplan Khawarij yang telah menentang Muawiyah dan Saidina Ali.


kerajaan Turki Uthmaniyah pula menggunakan simbol bulan sabit iaitu anak bulan dan bintang sebagai lambang islam.
kemudian kebanyakan negara-negara Islam di dunia seperti Mesir, Madagascar, Pakistan, Libya dan Tunisia menggunakan simbol ini.
nak dijadikan cerita,,,pada ketika itu pun Islam baru ingin bertapak di Asia Tenggara.
oleh itu, terdapat pengaruhnya pada bendera negeri2 di Malaysia termasuklah Johor. sebelum tu, bendera-bendera bagi kebanyakan kerajaan di Asia Tenggara berbackground warna putih, hitam, kuning dan keemasan serta bendera tersebut mempunyai lambang-lambang tertentu yang berkait dgn alam semulajadi seperti gajah,harimau dan sebagainya.

hehe..

konklusinye ni blunt n u all....
lepas pengaruh Islam bertapak di Asia Tenggara, lambang-lambang mcm gajah n harimau n sebagainya tu diganti la dengan objek yg lebih sesuai seperti bulan dan bintang. macam tulah yang terdapat pada bendera Malaysia dan bendera Johor dan lain negeri juga.

menjawab persoalan yang diatas tak?
^_^"


persoalan yang kedua :
kenapa negeri Johor paling susah nak ditawan pada masa dulu?


ha...yang ni aku xsure sangat nak jawab tapi aku cuba jugaklah...
cuba jugak aku mencari cebis2 maklumat yang dah semakin kering ni...
huhu...
dari pengetahuan aku yang cetek ni la kan...
Negeri Johor ada angkatan tenteranya sendiri yang diberi nama Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
pasukan tentera ni telah ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar ibni Daeng Ibrahim.
baginda ni berfikiran jauh dan bijak juga telah memodenkan Negeri Johor. buktinya, baginda berbaik-baik dgn Ratu Great Britain Queen Victoria sebagai helah utk mengelakkan campur tangan dan penjajahan Inggeris di Negeri Johor. bijak kan? 


fakta menarik!
Johor merupakan negeri pertama dalam Tanah Melayu yang mempunyai tenteranya tersendiri.
satu-satunya institusi ketenteraan yang tertua dlm Malaysia yg dibiayai oleh kerajaan negeri dan masih kekal sampai sekarang ni tau...
^_~"

masa perang dunia pertama, Askar Timbalan Setia Johor telah berkhidmat sejak tahun 1915 lagi.
institusi ketenteraan yg lebih dahulu daripada Rejimen Askar Melayu
telah membantu mengawal keselamatan di Singapura dan Malaysia.
dengan kebijaksanaan Sultan ketika ini la memberi sebab kenapa Negeri Johor susah nak ditawan...

^_^"
sekian...
wassalam...

6 comments:

F_H said...

wat entri makan johor lak pasni.. hee

PRICE TAGGED said...

oraittt...boleh jek..hehe

Unknown said...

banyaknye aku xtau....aku johor sembilan..darah johor membesar kat n9

PRICE TAGGED said...

oh..aku perak jawa...darah perak membesar sebagai jawa..haha

muhammad syuib said...

cm profile picture aku jek...hahahaha

mohd Lamka said...

seriously aku agree, aku anak jati johor!!!!
great jod (n_n)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...